Hari Vape Sedunia 2026: Satu Peralihan – Kemenangan untuk Semua

BRUSSELS, May 30, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, para pengguna vape, bekas perokok dan penyokong pendekatan pengurangan bahaya menyambut Hari Vape Sedunia 2026. Tema tahun ini ialah “Satu Peralihan – Kemenangan untuk Semua”. Bukan sekadar slogan, tetapi data jelas membuktikan hakikat ini.

Hari Vape Sedunia berlangsung sehari sebelum Hari Tanpa Tembakau Sedunia WHO, dengan perbezaan yang amat ketara. Ketika WHO memperingati Hari Tanpa Tembakau Sedunia dengan menuduh vape dan kantung nikotin ebagai strategi industri yang kononnya direka untuk menarik generasi baharu, namun pengguna di Jerman, Afrika Selatan, Argentina, dan banyak lagi negara minggu ini telah mengadakan demonstrasi serta menyuarakan tuntutan di media sosial bagi mendapatkan akses kepada alternatif yang berisiko lebih rendah dan telah membantu jutaan orang berhenti merokok.

“WHO telah menggunakan pendekatan yang sama selama bertahun-tahun. Nikotin dianggap sebagai musuh, alternatif dilabel sebagai helah industri dan sesiapa yang tidak sependapat dianggap mempunyai kepentingan tertentu. Sedangkan 8 juta orang setiap tahun mati akibat merokok. Ini bukanlah rekod kesihatan awam yang boleh dibanggakan,” kata Michael Landl, Pengarah, World Vapers’ Alliance.

Sains tidak dipertikaikan dalam kalangan penyelidik yang serius. Vaping, kantung nikotin dan produk tembakau dipanaskan semuanya secara dramatik mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia yang membunuh perokok. Nikotin bersifat ketagihan, tetapi ianya bukan punca kepada penyakit berkaitan dengan merokok. Punca sebenar ialah pembakaran. Apabila seorang perokok beralih sepenuhnya daripada rokok kepada vape, manfaatnya turut dirasai oleh semua orang di sekeliling mereka. Pendedahan kepada asap rokok terpakai meningkatkan risiko kanak-kanak menghidap asma, pneumonia dan bronkitis. Kanak-kanak dalam keluarga perokok menghadapi risiko  ehingga empat kali ganda untuk mengulangi tabiat merokok. Satu peralihan menghapuskan hampir semua risiko itu daripada rumah.

Negara yang memahami perkara ini kini menikmati hasilnya. Sweden bebas asap rokok. United Kingdom berjaya mengurangkan separuh kadar merokok. New Zealand menurunkan kadar merokok dalam kalangan bawah 25 tahun kepada sekitar 3 peratus dan melahirkan generasi bebas asap rokok yang pertama.

“Setiap negara yang berjaya menurunkan kadar merokok dengan cepat, melakukannya dengan memberi perokok, alternatif yang sebenar. Hari Vape Sedunia wujud untuk mengingatkan pembuat dasar bahawa bukti sudah ada. Bahawa kami para pengguna bukan sekadar anekdot, kami adalah bukti. Alatnya tersedia. Komitmen politik yang diperlukan masih tidak mencukupi di terlalu banyak negara,” tambah Landl.

Untuk pertanyaan media: info@worldvapersalliance.com

www.worldvapersalliance.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/01526a12-daff-4be4-aa21-2454f91a5e71


Primary Logo

WVA Celebrates the World Vape Day

#WorldVapeDay2026

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share this page:

Sign up for:

Science Times Observer

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.